JEPUN : DISKRIMINASI TERHADAP PENDUDUK OKU

Tidak dinafikan kemajuan negara Jepun dikagumi seluruh dunia. Namun, setiap negara pasti ada rahsia yang tidak digemburkan kepada media massa. Baru-baru ini, perkongsian di Tik Tok mengenai seorang ayah dari Jepun yang mengembara ke Laos (mungkin banyak lagi tempat lain yang beliau dah pergi) demi mencarikan pasangan buat anaknya. Anak beliau seorang yang cukup sifat, sihat, kacak dan juga merupakan seorang CEO syarikat. Walau bagaimanapun, tidak ada wanita Jepun yang ingin berkahwin dengannya kerana dalam keluarga beliau ada seorang OKU.

Sebuah negara yang tidak dinafikan, fasiliti perhubungan awam yang mesra OKU di Jepun sangat mengkagumkan. Rupanya mengandungi mentaliti diskriminasi terhadap bukan sahaja individu OKU mahalan seluruh keturunan individu berkenaan. 

Diskriminasi terhadap OKU di Jepun telah bermula semenjak Perang Dunia Ke-Dua lagi di mana kerajaan Jepun secara aktif melakukan pemandulan paksa ke atas semua wanita OKU atau dari ahli keluarga OKU. Parkara ini adalah realistik apabila kerajaan Jepun membentuk Eugenic Protection Law pada tahun 1948 di mana Jepun berhak untuk melakukan pemandulan berkenaan. Dari tahun 1948 hingga 1996, sebanyak 16,000 (ada yang menyatakan 25,000) wanita telah dimandulkan secara paksa. 

Diskriminasi terhadap OKU di Jepun sangat membimbangkan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan mereka dengan layanan yang tidak adil, melakukan kelahiran secara paksa atau menggugurkan kandungan, pemandulan dan memutuskan hubungan kekeluargaan mereka. Semua OKU di Jepun ditempatkan di sebuah penempatan khas, seperti rumah perlindungan.

Perkara ini menyebabkan kebangkitan rakyat Jepun dalam menuntut hak layanan sama rata dan tidak di-diskrimisani oleh penduduk dan kerajaan Jepun itu sendiri. Melalui Meiji Restoration, organisasi menuntut agar kerajaan Jepun menyediakan sistem pendidikan khas untuk mereka OKU dan pelbagai hak samarata diberikan kepada OKU. Pada tahun 1996, akhirnya perjuangan mereka membuahkan hasil apabila undung-undang berkenaan dibatalkan dan kerajaan Jepun membuat permohonan maaf secara terbuka.

Adakah diskriminasi ini benar-benar telah berakhir?

TIDAK!

Masih ada doktor di Jepun yang mengarahkan mereka (OKU) untuk melakukan pemandulan dan tidak melahirkan anak. Malah, rakyat Jepun tidak akan berkahwin dengan mereka yang ada individu OKU dalam keluarga. 


Diskriminasi ini masih jelas berlaku di Jepun dan ianya serius terbukti melalui kejadian Sagamihara Stabbings pada 26 Julai 2016. Di dalam kejadiaan berkenaan, Satoshi Uematsu (26 tahun) telah memasuki sebuah rumah jagaan bersenjatakan pisau. Beliau mengikat petugas rumah berkenaan dan telah membunuh 19 orang penghuni dan seramai 26 orang dilaporkan cedera. Apa yang mengecewakan adalah Satoshi Uematsu juga salah seorang penjaga di rumah berkenaan. Motif pembunuhan adalah disability hate crime

Petugas psikatrik di Jepun sendiri menyatakan bahawa perkara ini langsung tidak berubah seperti 100 tahun yang lalu. Perkara ini tidak didedahkan di media 

Inilah hakikat yang tersembunyi. Dunia sangat mengejar pemodenan namun mentaliti masih disekat dengan adat dan budaya (mungkin kepercayaan) yang entah apa-apa. Sedangkan pepatah Melayu itu sendiri wujud, "biar mati anak, jangan mati adat".

Adakah pepatah ini masih relevan?


Share:

[PART 2] TRAUMA, ANXIETY DAN DEPRESSION


Dengan izin Allah, saya kembali berkongsi pengalaman peribadi saya sebagai pesakit psikologi. Semoga perkongsian ini dapat diterima dengan hati dan minda yang terbuka tanpa sebarang tanggapan yang tidak berasas.

Seperti yang saya katakan, depression adalah pembunuh secara senyap yang kita sendiri tidak perasan bila rasa itu mula timbul dalam diri sendiri. Saya di-diagnosed alami masalah psikologi pada awal tahun 2021. Bila dilihat semula, rupanya dah lama tanda tu wujud, tapi saya tidak faham.

Antara tanda yang saya alami :

  • Kerap sakit kepala
  • Gastrik yang agak teruk
  • Hilang fokus 
  • Cakap laju dan berterabur (walau hanya bersembang dengan kawan)
  • Tiada motivasi (rasa diri looser)

Itu adalah antara perasaan terawal yang saya rasa dan saya sangka itu adalah normal. Saya memang alami gastrik dari dulu tapi sejak tahun 2015 gastrik saya sangat teruk hingga langsung tidak boleh berpuasa. Kekerapan sakit kepala saya pula saya sangkakan itu migrain atau silap bantal tidur. Saya kerap tukar bantal sebab ingatkan itu adalah faktor utama sakit kepala. Kalau dah pelbagai perkara anda buat tapi tidak hilang juga sakit kepala tu, percayalah bahawa itu adalah tanda stress

Perasaan looser dalam diri sebenarnya menunjukkan satu perkara yang tidak baik sebab kita dah mula tidak menghargai diri sendiri. Dan itulah perasaan yang boleh membarah kepada rasa diri tidak berguna dan akhirnya wujud pula perasaan "lebih baik mati sahaja". 

Dengan tanggapan normal bertukar jadi serius bila kawan saya tegur :

"Kau dah tak macam dulu, cakap pun berterabur ni kenapa?"

Sejak tu saya mula perhatikan keadaan diri sendiri. Saya mula perhatikan saat peningkatan dan penurunan hidup saya dan ya, sebenarnya saya ada perasaan yang diri ni losser. Dalam perjalanan hidup saya dari kecil sampai tahun 2014 semua sangat lancar. Saya berjaya skor first class masa diploma, saya sangat aktif bersukan san aktiviti outdoor, saya penerima biasiswa JPA ketika pengajian ijazah sarjana muda, saya berjaya mewakili universiti untuk jalani praktikal di luar negara dan saya tidak rasa menganggur lepas tamat belajar. 

Pada tahun 2009 saya alami kecederaan lutut yang doktor nasihatkan saya untuk kurangkan aktiviti lasak. Saya rasa kehilangan satu nikmat kehidupan bila tidak dapat lakukan aktiviti yang saya suka lagi. Tapi, saya positifkan diri dan cari alternatif lain sebagai hobi baru. Saat tu la saya mula menulis di blog wo de boke (dah dipadam). Perasaan tu boleh tak anda bayangkan dari selalu camping, hiking dan martial art (itu tiga aktiviti utama saya) tiba-tiba sekelip mata nak berlari pun tak boleh. Saya terus tukar dari ahli kelab kembara dan rakan muda kepada kelab kaunseling masa belajar dulu. Rasa sedih tu memang wujud.

Kemuncak tekanan saya bila saya terpaksa berhenti kerja kerana alahan teruk masa mengandung anak pertama. Perubahan 360 darjah dalam kehidupan yang merupakan satu kejutan terbesar saya. Saya cuba lawan perasaan tu dengan cari hobi baru lagi - saya belajar buat sabun handmade. Tekanan demi tekanan yang saya hadapi, dengan tiada social life yang baik akhirnya saya mengalah selepas saya alami tanda-tanda ini :

  • Rasa diri diserang dari belakang
  • Sangat susah untuk tidur (sehari 2-3 jam sahaja saya tidur)
  • Badan rasa sejuk secara tiba-tiba
  • Tangan mengigil bila datang rasa anxiety

Saya berterima kasih dengan orang yang menegur perubahan diri saya dan saya bersyukur kerana saya sedar perkara ni pada peringkat awal. Satu kekuatan saya adalah anak-anak. Saya fikir macam mana saya nak besarkan mereka dengan baik kalau diri saya sendiri bermasalah.

Saya tak ambil apa-apa ubat dan saya percaya saya kuat untuk bangkit semula. Saya wujudkan suasana ceria di seluruh rumah, saya cari kawan baru, saya buat apa yang saya suka. Alhamdulillah, saya dah boleh berpuasa macam biasa dan sakit kepala saya hilang serta-merta. Dan paling ketara adalah saya dah ada humor sense semula. 

Selepas alami dugaan ini, satu yang saya sedar adalah kehidupan ni hanya bermakna jika kita rasa BAHAGIA. Carilah kebahagiaan diri sendiri, jangan terlalu cari kesempurnaan sebab hakikatnya, tiada yang sempurna di dunia ini.

Lakukan ujian DASS secara atas talian di sini

Share:

HARGAI SEKECIL-KECIL PENGALAMAN

Apa pengalaman paling kerja paling kecil yang anda ada?

Adakah anda menghargai pengalaman tu?

Ramai orang yang berkerja selepas tamat SPM sementara menunggu panggilan sambung belajar. Samalah seperti saya. Kerja pertama saya adalah menipu orang (haha). Masa tu saya masuk ke syarikat gores dan menang tanpa saya sedar, saya sendiri sebenarnya dah ditipu sebelum menipu. Syarikat kata saya perlu jalani latihan terlebih dahulu sebelum buat kerja pengkeranian seperti dijanjikan. Maka saya pun ikut mereka berjalan dari rumah ke rumah untuk minta pakcik, makcik, abang dan kakak gores kad yang saya bawa.

Dari kerja tu, saya pernah melarikan diri dari ditangkap polis. Bila ingat semula, naifnya saya masa tu sampai boleh setuju untuk buat kerja tu. Saya berjaya buat seorang makcik ni gores dan bayar RM3,000 untuk dapatkan barang-barang dalam kad tu. Tapi, perasaan bersalah tu sangat besar hingga saya ubah modus operandi saya kepada bagi kesedaran dari rumah ke rumah mengenai penipuan permainan gores dan menang ni.

Anda tahu tak macam mana helah dia?

Kemudian saya tukar kepada housekeeper di sebuah hotel 4 bintang. Yang paling saya teruja adalah belajar jenis bahan kimia yang digunakan untuk mencuci dan bed setting. Bukan senang tau nak lipat cadar cantik dan kemas. Yang seronoknya berkerja di hotel ni bila dapat makanan hotel secara percuma dan banyak tips yang saya dapat. Lepas SPM, dapat RM5 pun dah seronok. Pengalaman paling besar saya bila jumpa seluar pelanggan yang dalamnya ada RM2,000.

Masa kerja hotel ni, saya suka tengok ragam setiap pelanggan. Bilik pelanggan dari Barat biasanya sangat bersih. Lantai tandas pun kering je. Bilik pelanggan dari China dan Indonesia, habis semua langsir jadi tempat dia sidai baju. Di hotel jangan sesekali sidai pakaian basah di dinding dan langsir bilik sebab boleh jadikan wallpaper berkulat dan langsir berbau masam. Pantang terbesar dalam industri perhotelan ni bilik masam. Sanggup tutup bilik tu untuk wangikan semula dan kebiasaannya ambil masa tiga hingga tujuh hari.

Anda tahu macam mana hotel hilangkan bau masam tu?

Selepas tu saya dah sambung belajar dengan gembiranya dan ambil pengalaman sebagai pelajar di IPT pula. Sangat menyeronokkan setiap perkara baru yang datang dalam hidup kita. Kalau diingatkan semula memang boleh tersengeh sorang-sorang.

Kadang-kadang kita lupa nak hargai perkara yang nampak remeh. Sebenarnya tak semua orang ada pengalaman kecil kita tu. Dan, jangan sesekali memandang rendah dengan pengalaman orang lain. Apa yang mereka lakukan tu, belum tentu lagi kita berpeluang dan sanggup nak lakukan.

Share:

[EDITED] TRAUMA, ANXIETY DAN DEPRESSION


Tiga perkataan yang semakin dekat dengan kita akhir-akhir ni terutamanya selepas kehadiran Covid-19 yang menunjukkan kadar peningkatan mendadak di seluruh dunia. Menurut kajian, tiga gangguan mental yang paling tinggi adalah :

  • Schizophernia (kerap berhalusinasi)
  • Depression (tekanan perasaan)
  • Bipolar (kecelaruan emosi)

Tetapi, secara peribadinya yang paling senyap dan bahaya adalah depression. Orang yang mengalami masalah depression kebanyakannya tidak kelihatan pada orang lain. Nampak normal, tapi diri dia berubah secara perlahan dan semakin teruk sehingga hadir perasaan ingin membunuh diri.

Tanda-tanda depression disorder, antaranya :

  • Perubahan selera makan
  • Kurang bermotivasi untuk melakukan aktiviti harian
  • Hilang fokus
  • Susah untuk tidur
  • Sukar mengawal emosi

Ikut kajian awal tahun 2021 yang dikeluarkan oleh WHO, negara paling tinggi masalah kesihatan mental adalah Ukraine (6.3%), United States (5.9%), Estonia (5.9%), Australia (5.9%) dan Brazil (5.8%). Manakala yang paling rendah adalah Slolomon Islands (2.90%), Papua New Guinea (3.00%) dan Timor Leste (3.00%). Malaysia pula di mana? Malaysia berada di kedudukan 147 pada kadar 3.80%.

Baru-baru ini, Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan data penerimaan panggilan sokongan psikososial sebanyak 122,328 semenjak 1 Januari 2021 hingga 18 Jun 2021 dan sebanyak 109,806 (89.4%) darinya adalah berkait rapat dengan isu psikologi. Apa yang lebih membimbangkan adalah, ini cuma data panggilan yang diterima. Hakikatnya, berapa banyak pula panggilan yang tidak berjaya menembusi talian berkenaan?

Mitos masalah psikologi yang TIDAK WAJAR

Percayakah anda kenapa ramai orang yang alami masalah mental atau psikologi ini kebanyakannya lebih memilih untuk dirahsiakan adalah disebabkan budaya masyarakat kita sendiri. Tohmahan yang sering dilemparkan kepada golongan ini :

  • Tidak kuat beribadah
  • Mengada-ngada atau buat-buat
  • Nak perhatian lebih
  • Buatan orang
Hukuman tidak berasas seperti ini hanya akan menambah parah perasaan mereka yang sedia sedang bertarung. Dan, rawatan terbaik untuk masalah psikologi ini sebenarnya adalah MEMAHAMI dan DIDENGARI (jika berada diperingkat awal). Takut untuk meluahkan dan memendam perasaan hanya akan membuatkan individu berkenaan hilang kewarasan. Sebagai social circle kepada individu yang alami masalah ini andalah painkiller mereka. Jika anda nampak kawan anda bercakap laju dan kosong, mengulang cerita yang sama dan fikiran mereka seperti berada di awangan, ketahuilah anda bahawa itu adalah tanda awal depression. Pimpin mereka untuk kembali ke dunia nyata yang penuh dengan keindahan. 

Bagi anda yang mula rasa diri anda bermasalah, dapatkan rawatan segera. Jumpa kaunselor bertauliah untuk berkongsi dan saya percaya bahawa bantuan pakar sangat baik untuk anda. Kewarasan akal adalah sangat penting kerana akal yang akan mengawal keseluruhan diri kita. Jagalah akal sebaiknya dan jangan dibiarkan sakit tidak dirawat. 

Akan datang saya akan kongsikan perjalanan diri saya sendiri sebagai pesakit psikologi (jika diberi keizinan).



Share: