Apa pengalaman paling kerja paling kecil yang anda ada?
Adakah anda
menghargai pengalaman tu?
Ramai orang
yang berkerja selepas tamat SPM sementara menunggu panggilan sambung belajar.
Samalah seperti saya. Kerja pertama saya adalah menipu orang (haha). Masa tu saya
masuk ke syarikat gores dan menang tanpa saya sedar, saya sendiri sebenarnya
dah ditipu sebelum menipu. Syarikat kata saya perlu jalani latihan terlebih
dahulu sebelum buat kerja pengkeranian seperti dijanjikan. Maka saya pun ikut
mereka berjalan dari rumah ke rumah untuk minta pakcik, makcik, abang dan kakak
gores kad yang saya bawa.
Dari kerja
tu, saya pernah melarikan diri dari ditangkap polis. Bila ingat semula, naifnya
saya masa tu sampai boleh setuju untuk buat kerja tu. Saya berjaya buat seorang
makcik ni gores dan bayar RM3,000 untuk dapatkan barang-barang dalam kad tu. Tapi,
perasaan bersalah tu sangat besar hingga saya ubah modus operandi saya kepada bagi
kesedaran dari rumah ke rumah mengenai penipuan permainan gores dan menang ni.
Anda tahu
tak macam mana helah dia?
Kemudian saya
tukar kepada housekeeper di sebuah hotel 4 bintang. Yang paling saya teruja adalah
belajar jenis bahan kimia yang digunakan untuk mencuci dan bed setting. Bukan senang
tau nak lipat cadar cantik dan kemas. Yang seronoknya berkerja di hotel ni bila
dapat makanan hotel secara percuma dan banyak tips yang saya dapat. Lepas SPM,
dapat RM5 pun dah seronok. Pengalaman paling besar saya bila jumpa seluar
pelanggan yang dalamnya ada RM2,000.
Masa kerja
hotel ni, saya suka tengok ragam setiap pelanggan. Bilik pelanggan dari Barat
biasanya sangat bersih. Lantai tandas pun kering je. Bilik pelanggan dari China
dan Indonesia, habis semua langsir jadi tempat dia sidai baju. Di hotel jangan
sesekali sidai pakaian basah di dinding dan langsir bilik sebab boleh jadikan
wallpaper berkulat dan langsir berbau masam. Pantang terbesar dalam industri
perhotelan ni bilik masam. Sanggup tutup bilik tu untuk wangikan semula dan
kebiasaannya ambil masa tiga hingga tujuh hari.
Anda tahu
macam mana hotel hilangkan bau masam tu?
Selepas tu
saya dah sambung belajar dengan gembiranya dan ambil pengalaman sebagai pelajar
di IPT pula. Sangat menyeronokkan setiap perkara baru yang datang dalam hidup
kita. Kalau diingatkan semula memang boleh tersengeh sorang-sorang.
Kadang-kadang kita lupa nak hargai perkara yang nampak remeh. Sebenarnya tak semua orang ada pengalaman kecil kita tu. Dan, jangan sesekali memandang rendah dengan pengalaman orang lain. Apa yang mereka lakukan tu, belum tentu lagi kita berpeluang dan sanggup nak lakukan.
0 comments:
Post a Comment