[EDITED] TRAUMA, ANXIETY DAN DEPRESSION


Tiga perkataan yang semakin dekat dengan kita akhir-akhir ni terutamanya selepas kehadiran Covid-19 yang menunjukkan kadar peningkatan mendadak di seluruh dunia. Menurut kajian, tiga gangguan mental yang paling tinggi adalah :

  • Schizophernia (kerap berhalusinasi)
  • Depression (tekanan perasaan)
  • Bipolar (kecelaruan emosi)

Tetapi, secara peribadinya yang paling senyap dan bahaya adalah depression. Orang yang mengalami masalah depression kebanyakannya tidak kelihatan pada orang lain. Nampak normal, tapi diri dia berubah secara perlahan dan semakin teruk sehingga hadir perasaan ingin membunuh diri.

Tanda-tanda depression disorder, antaranya :

  • Perubahan selera makan
  • Kurang bermotivasi untuk melakukan aktiviti harian
  • Hilang fokus
  • Susah untuk tidur
  • Sukar mengawal emosi

Ikut kajian awal tahun 2021 yang dikeluarkan oleh WHO, negara paling tinggi masalah kesihatan mental adalah Ukraine (6.3%), United States (5.9%), Estonia (5.9%), Australia (5.9%) dan Brazil (5.8%). Manakala yang paling rendah adalah Slolomon Islands (2.90%), Papua New Guinea (3.00%) dan Timor Leste (3.00%). Malaysia pula di mana? Malaysia berada di kedudukan 147 pada kadar 3.80%.

Baru-baru ini, Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan data penerimaan panggilan sokongan psikososial sebanyak 122,328 semenjak 1 Januari 2021 hingga 18 Jun 2021 dan sebanyak 109,806 (89.4%) darinya adalah berkait rapat dengan isu psikologi. Apa yang lebih membimbangkan adalah, ini cuma data panggilan yang diterima. Hakikatnya, berapa banyak pula panggilan yang tidak berjaya menembusi talian berkenaan?

Mitos masalah psikologi yang TIDAK WAJAR

Percayakah anda kenapa ramai orang yang alami masalah mental atau psikologi ini kebanyakannya lebih memilih untuk dirahsiakan adalah disebabkan budaya masyarakat kita sendiri. Tohmahan yang sering dilemparkan kepada golongan ini :

  • Tidak kuat beribadah
  • Mengada-ngada atau buat-buat
  • Nak perhatian lebih
  • Buatan orang
Hukuman tidak berasas seperti ini hanya akan menambah parah perasaan mereka yang sedia sedang bertarung. Dan, rawatan terbaik untuk masalah psikologi ini sebenarnya adalah MEMAHAMI dan DIDENGARI (jika berada diperingkat awal). Takut untuk meluahkan dan memendam perasaan hanya akan membuatkan individu berkenaan hilang kewarasan. Sebagai social circle kepada individu yang alami masalah ini andalah painkiller mereka. Jika anda nampak kawan anda bercakap laju dan kosong, mengulang cerita yang sama dan fikiran mereka seperti berada di awangan, ketahuilah anda bahawa itu adalah tanda awal depression. Pimpin mereka untuk kembali ke dunia nyata yang penuh dengan keindahan. 

Bagi anda yang mula rasa diri anda bermasalah, dapatkan rawatan segera. Jumpa kaunselor bertauliah untuk berkongsi dan saya percaya bahawa bantuan pakar sangat baik untuk anda. Kewarasan akal adalah sangat penting kerana akal yang akan mengawal keseluruhan diri kita. Jagalah akal sebaiknya dan jangan dibiarkan sakit tidak dirawat. 

Akan datang saya akan kongsikan perjalanan diri saya sendiri sebagai pesakit psikologi (jika diberi keizinan).



Share:

0 comments:

Post a Comment