Dengan izin Allah, saya kembali berkongsi pengalaman peribadi saya sebagai pesakit psikologi. Semoga perkongsian ini dapat diterima dengan hati dan minda yang terbuka tanpa sebarang tanggapan yang tidak berasas.
Seperti yang saya katakan, depression adalah pembunuh secara senyap yang kita sendiri tidak perasan bila rasa itu mula timbul dalam diri sendiri. Saya di-diagnosed alami masalah psikologi pada awal tahun 2021. Bila dilihat semula, rupanya dah lama tanda tu wujud, tapi saya tidak faham.
Antara tanda yang saya alami :
- Kerap sakit kepala
- Gastrik yang agak teruk
- Hilang fokus
- Cakap laju dan berterabur (walau hanya bersembang dengan kawan)
- Tiada motivasi (rasa diri looser)
Itu adalah antara perasaan terawal yang saya rasa dan saya sangka itu adalah normal. Saya memang alami gastrik dari dulu tapi sejak tahun 2015 gastrik saya sangat teruk hingga langsung tidak boleh berpuasa. Kekerapan sakit kepala saya pula saya sangkakan itu migrain atau silap bantal tidur. Saya kerap tukar bantal sebab ingatkan itu adalah faktor utama sakit kepala. Kalau dah pelbagai perkara anda buat tapi tidak hilang juga sakit kepala tu, percayalah bahawa itu adalah tanda stress.
Perasaan looser dalam diri sebenarnya menunjukkan satu perkara yang tidak baik sebab kita dah mula tidak menghargai diri sendiri. Dan itulah perasaan yang boleh membarah kepada rasa diri tidak berguna dan akhirnya wujud pula perasaan "lebih baik mati sahaja".
Dengan tanggapan normal bertukar jadi serius bila kawan saya tegur :
"Kau dah tak macam dulu, cakap pun berterabur ni kenapa?"
Sejak tu saya mula perhatikan keadaan diri sendiri. Saya mula perhatikan saat peningkatan dan penurunan hidup saya dan ya, sebenarnya saya ada perasaan yang diri ni losser. Dalam perjalanan hidup saya dari kecil sampai tahun 2014 semua sangat lancar. Saya berjaya skor first class masa diploma, saya sangat aktif bersukan san aktiviti outdoor, saya penerima biasiswa JPA ketika pengajian ijazah sarjana muda, saya berjaya mewakili universiti untuk jalani praktikal di luar negara dan saya tidak rasa menganggur lepas tamat belajar.
Pada tahun 2009 saya alami kecederaan lutut yang doktor nasihatkan saya untuk kurangkan aktiviti lasak. Saya rasa kehilangan satu nikmat kehidupan bila tidak dapat lakukan aktiviti yang saya suka lagi. Tapi, saya positifkan diri dan cari alternatif lain sebagai hobi baru. Saat tu la saya mula menulis di blog wo de boke (dah dipadam). Perasaan tu boleh tak anda bayangkan dari selalu camping, hiking dan martial art (itu tiga aktiviti utama saya) tiba-tiba sekelip mata nak berlari pun tak boleh. Saya terus tukar dari ahli kelab kembara dan rakan muda kepada kelab kaunseling masa belajar dulu. Rasa sedih tu memang wujud.
Kemuncak tekanan saya bila saya terpaksa berhenti kerja kerana alahan teruk masa mengandung anak pertama. Perubahan 360 darjah dalam kehidupan yang merupakan satu kejutan terbesar saya. Saya cuba lawan perasaan tu dengan cari hobi baru lagi - saya belajar buat sabun handmade. Tekanan demi tekanan yang saya hadapi, dengan tiada social life yang baik akhirnya saya mengalah selepas saya alami tanda-tanda ini :
- Rasa diri diserang dari belakang
- Sangat susah untuk tidur (sehari 2-3 jam sahaja saya tidur)
- Badan rasa sejuk secara tiba-tiba
- Tangan mengigil bila datang rasa anxiety
Saya berterima kasih dengan orang yang menegur perubahan diri saya dan saya bersyukur kerana saya sedar perkara ni pada peringkat awal. Satu kekuatan saya adalah anak-anak. Saya fikir macam mana saya nak besarkan mereka dengan baik kalau diri saya sendiri bermasalah.
Saya tak ambil apa-apa ubat dan saya percaya saya kuat untuk bangkit semula. Saya wujudkan suasana ceria di seluruh rumah, saya cari kawan baru, saya buat apa yang saya suka. Alhamdulillah, saya dah boleh berpuasa macam biasa dan sakit kepala saya hilang serta-merta. Dan paling ketara adalah saya dah ada humor sense semula.
Selepas alami dugaan ini, satu yang saya sedar adalah kehidupan ni hanya bermakna jika kita rasa BAHAGIA. Carilah kebahagiaan diri sendiri, jangan terlalu cari kesempurnaan sebab hakikatnya, tiada yang sempurna di dunia ini.
Lakukan ujian DASS secara atas talian di sini.


